Wednesday, December 1, 2010

Malaysia Kalah Di Piala Aff Suzuki....

JAKARTA – Skuad bola sepak kebangsaan menerima tamparan hebat apabila tewas 1-5 di tangan Indonesia pada aksi pertama peringkat Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 semalam.

Turun tanpa kelibat beberapa tonggak utama yang terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan, skuad kendalian K. Rajagobal itu dilihat terlalu kerdil jika dibandingkan dengan Indonesia.

Bagaimanapun, pada aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno itu, anak-anak buah Rajagobal berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18.

Namun, kegembiraan barisan pemain Malaysia yang diketuai Safiq Rahim tidak bertahan lama apabila Indonesia memperoleh gol penyamaan selepas tonggak pertahanan, Mohd. Asraruddin Putra Omar tertampan bola masuk ke gawang sendiri empat minit kemudian.

Dibantu dengan sokongan daripada ribuan penyokong yang hadir ke stadium, Indonesia terus menghukum kelekaan barisan benteng pertahanan Malaysia apabila meledak gol kedua menerusi Christian Gonzales pada minit ke-33.

Jaringan tersebut membolehkan Indonesia mendahului perlawanan 2-1 sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bersambung, hasrat anak-anak buah Rajagobal untuk mendapatkan gol penyamaan terbantut apabila dikejutkan dengan gol ketiga daripada pasukan tuan rumah menerusi Muhammad Ridwan pada minit ke-52.

Pemain gantian Indonesia, Arif Suyono meledak gol keempat pada minit ke-77 sebelum Irfan Haarys Bachdim menambah derita Malaysia apabila menjaringkan gol kelima pada lewat babak perlawanan.

Kekalahan tersebut sekali gus menjadikan misi anak-anak buah Rajagobal untuk mara ke saingan peringkat separuh akhir tampak sukar apabila perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan peringkat kumpulan.

Sudah pastinya pertemuan menentang Thailand Sabtu ini bakal menjadi penentu terhadap hala tuju Malaysia dalam saingan kali ini sebelum dijadual pula berdepan Loas pada aksi terakhir peringkat kumpulan Selasa depan. – Agensi(EHSAN DARI KOSMO!)


Arghhh.........Malaysia kalah lagi...ape nak jadi ngan skuad rajagobal nie.....Aku tengok Malaysia hilang tumpuan bila Norsharul wat gol cANTIK...Malaysia mendahului dengan 1-0...3 minit pastu Malaysia kene plak samapailah jadi 5 berbalas 1.....tapi aku tengok team Indonesia main dengan 3 import siyotttt.....takde semangat patriotik langsung diorang nie kan...Tapi takpe Jalan perjuangan masih panjang...Sabtu nie Malaysia mempunyai tugas sukar apabila aberdepan musuh tradisi Thailand....Rilek Laaa Broo...Malaysia banyak kejutan..Korang tengok sendiri laaa...ketika sukan sea tahun lepas....Okey...Ape2 pon majulah sukan untuk negara....Chow....

Korang Layan Video Highlight nie...




1 comment:

  1. bangga jer da gol dulu..
    defend malaysia kena byk brltih agy

    ReplyDelete