AMRI (ATAS) meledak dua gol untuk membantu Malaysia mengatasi Laos 5-1, malam tadi.Malaysia kini berpotensi untuk mara hingga ke saingan final
SKUAD negara berhak dihambur segala pujian berpandu kepada semangat dan komitmen tinggi ketika membelasah Laos, 5-1 di Palembang, malam tadi – intipati yang menghadiahkan mereka tiket berharga layak ke separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF. Apapun, anak didik K Rajagobal satu ketika seperti berwajah kurang ceria selepas wisel penamat di Stadium Jaka Baring kerana lebih bimbang dengan penyudahan keputusan di Jakarta membabitkan Indonesia menentang Thailand ketika kemenangan buat Thailand akan melenyapkan terus peluang kemaraan mereka. Beberapa minit selepas itu, tiba-tiba pemain negara bersama jurulatih, Rajagobal dan pegawai pasukan lain melonjak riang selepas menerima perkhabaran Indonesia menewaskan lawan 2-1 dan berterima kasih kepada bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas menjaringkan kedua-dua gol menerusi sepakan penalti.
“Kemenangan ini harus dipertahankan dan dimaksimumkan sehingga mampu mencatat kemenangan pada halangan berikut,” kata Rajagobal yang kini harus menghala kepada usaha mencipta kejayaan kedua selepas membantu pasukan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009.
Dalam saingan separuh akhir pada 15 Disember ini di Kuala Lumpur, Malaysia selaku naib juara Kumpulan A akan menentang juara Kumpulan B yang masih samar-samar ketika ini kerana Filipina, Singapura dan Vietnam masih ada peluang apabila berentap dalam perlawanan terakhir, malam ini.
Mohd Amri membuka jaringan seawal minit keempat selepas kapten Selangor itu menanduk masuk hantaran rendah Norshahrul Idlan Talaha yang melepasi benteng pertahanan sebelah kiri lawan.
Namun, kegembiraan pemain negara tidak bertahan lama apabila Laos dibimbing David Booth – yang turut mencari kemenangan untuk ke separuh akhir – pantas menyamakan kedudukan hasil tandukan Lamnoum Singto pada minit kelapan.
Amri yang bijak mencari ruang akhirnya sekali lagi meletakkan Malaysia di depan apabila menerima hantaran cantik kapten, Safiq Rahim pada minit ke-41 untuk mendahului 2-1 pada babak pertama.
Selepas rehat, Mohd Amirulhadi Zainal mengukuhkan kedudukan dengan gol ketiga minit ke-74 sebelum Nurshahrul Idlan Talaha mengambil giliran dengan gol keempat, minit ke-77 dan Mahalli Jasuli menambah derita Laos pada minit ke-90 buat jaringan kelima pasukan. (EHSAN BERITA HARIAN)
Aku malas nak cakap aper...Aper yang penting Malaysia menang...Chow...sebelum blah korang layan dulu highlight nie...yeah..
Yeee..
ReplyDeleteMalaysia menang..
yee...baru bole msok komanwel..haha
ReplyDelete