Sunday, December 5, 2010

Mah Ambil Baldi Ikan Dah Turun!!!!!!!

Eh!!Apa aku merepek nie...Bukan merepek sebenarnya aku nak cerita apsal hujan ikan laaa....Korang tau tak apa itu hujan ikan....Ok sekarang aku nak terangkan ni.Dengar ye...Hujan ikan nie adalah salah satu fenomena luar biasa yang pernah berlaku di dunia ini....Kejadian nie juga sudah banyak kali berlaku..Antara tempat yang pernah berlaku seperti negara Jepun,Amerika,Australia dan juga England..Contoh cerita hujan ini ade dekat Australia..Penduduk Lajamanu mendakwa beratus-ratus ikan jenis spangled perch datang berduyun -duyun dari atas langit dan dikatakan masih hidup...Perghhh kalau laaa kejadian nie berlaku kat tempat aku,aku dah ambik baldi pastu kumpul ikan tu banyak2 buat pekasam...Bak kata pepatah Alang alang menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan.Hehe..

Menurut Ahli meteorlogi kejadian nie mungkin disebabkan oleh puting beliung....Ikan ikan nie disedut oleh angin badai tersebut dan membawa mereka terbang sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki ke udara lalu gugur ke bumi.Ketika ikan di dalam sistem badai mereka membeku seketika dan dilepaskan...Kalau korang nak lebih faham layan video nie jap....


Ok...Sampai disini sahaja entri aku kali ini....Cuma aku nak cakap semua kejadian ini adalah daripada Allah...Kita kenalah sentiasa muhasabah diri kita...Semua kejadian yang berlaku ada hikmahnya...Chowww...

2 comments: